Hari ni saya akan membahaskan tentang risiko...anda diluar sana mungkin pernah dengar alasan-alasan berkaitan dengan pelaburan antaranya RISIKO. Benarkah pelaburan itu berisiko ? Tahukah anda apa itu risiko ? Sebelum kita membahaskan lebih lanjut kenapa kita takut kepada risiko...izinkan saya bertanya...Adakah dalam kehidupan anda sehari-hari anda tidak berdepan risiko ? Adakah anda hidup tanpa risiko ? Apakah risiko yang mungkin akan anda hadapi atas tindakan dan perbuatan anda mendapatkan sesuatu ? Secara ironiknya risiko ada dimana-mana. Orang yang takutkan risiko adalah mereka yang hidup di alam fantasi atau alam kartun. Percaya tidak dalam alam fantasi tidak ada risiko yang memungkinkan anda berasa rugi atau pun kehilangan disebabkan tindakan anda.
Apa itu risiko ?
Konsep yang memperihalkan kebarangkalian berlakunya kemungkinan tertentu. Sebenarnya, tanggapan risiko tidak bergantung pada tanggapan nilai, oleh itu kemungkinan berkenaan tidak kira baik mahupun buruk akibatnya. Sungguhpun begitu, secara amnya risiko membincangkan kesan buruk terhadap sesetengah ciri-ciri nilai yang timbul akibat kejadian yang akan berlaku....Sumber Wikipedia
Takrifan Risiko ?
Wujudnya pelbagai takrifan bagi istilah risiko yang berbeza mengikut penggunaan dan konteks situasi tertentu. Antaranya, risiko merupakan isu yang boleh dielakkan atau diringankan (di mana isu ialah masalah berpotensi yang perlu diselesaikan sekarang juga.) Risiko dihuraikan secara kualitatif dan kuantitatif. Risiko sering ditakrifkan sebagai situasi yang boleh membawa padah atau akibat buruk.
Secara kualitatif, risiko berkadar pada kerugian jangkaan yang boleh timbul dari suatu kejadian dan juga kebarangkalian terjadinya kejadian tersebut. Semakin besar kerugian dan kebarangkalian kejadian tersebut, maka semakin besar risiko keseluruhannya.
Dalam bidang kejuruteraan, risiko ditakrifkan sebagai:
Secara amnya:
Salah satu penggunaan konsep risiko utama yang terawal adalah ketika merancangkan projek perlindungan banjir Delta Works di Belanda pada tahun 1953, dengan bantuan David van Dantzig.[1]Analisa risiko sedemikian yang dipelopori ini menjadi kebiasaan di bidang-bidang kuasa nuklear, aeroangkasa, industri kimia dan sebagainya
Dalam konteks pelaburan risiko dapatlah ditakrifkan...
Risiko = (Keberangkalian berlakunya kerugian) x (kesan dari pelaburan)
Risiko dalam pelaburan ialah apabila pelaburan tersebut tidak mendatangkan hasil, atau mengalami kerugian atas beberapa sebab yang diketahui.
Apakah risiko yang sering berlaku kepada pelabur ?
Kita mungkin pernah mendengar alasan-alasan seperti berikut.
"Pelaburan aku rugi, hilang RM30K"
"Kalau aku tahulah , baik aku simpan di bank sahaja, tidaklah aku rugi macam ini"
"Melabur ni berisiko,,,malas aku nak ambik risiko...tak pasal2 duit aku lebur"
Ramai orang diluar sana akan menyatakan pengalaman masing-masing tentang risiko pelaburan dan ada juga dikalangan orang diluar sana tidak tahu apakah risiko-risiko yang terlibat didalam pelaburan melainkan risiko rugi semata-mata. Seringkali kita menemui orang-orang serupa begini. Tanggapan negatif terhadap pelaburan disebabkan risiko menjadikan otak mereka tepu dan tidak berfikiran jauh akibatnya berdepanlah risiko rugi peluang. Seringkali juga kita mendengar orang yang melabur akan berkata
"Wah aku dah untung dapat dividen 10%"
"Kalau aku tahulah aku dah labur lama dulu"
"Aku tak kisah, risiko2lah janji untung"
Orang macam ni lah kita mahu tetapi apapun dalam pelaburan tetapada risiko itu tidak dinafikan. Cuba tanya soalan dibawah ini...
Jika anda rugi dalam pelaburan, kenapa anda rugi ?
Apa dan dimana anda melabur ?
Apa risiko pelaburan selain rugi ?
Apa strategi pelaburan yang anda guna sehingga anda rugi ?
Berapa kerugian anda berbanding keuntungan ?
Kalau anda tak dapat jawab soalan diatas ini....memang patut anda rugi
Wallahualam'...Salam nanti bersambung...






0 comments:
Post a Comment