Ringgit Cost Averaging (RCA)

Small Savings Make A Big Difference. Set up a Direct Debit Instruction with Public Mutual and watch your funds grow. With time and compounding interest, your regular investments can help secure a brighter future for you and your loved ones.

What is the future?

The Future depends on what we do in the present.

How much money you make it?

"It's not how much money you make, but how much money you keep, how hard it works for you, and how many generations you keep for it.The question isn't at what age I want to retire, it's at what income"

Think first Before Talk

"Before you spend, earn. Before you invest, investigate. Before you criticize, wait.Before you pray, forgive. Before you quit, try. Before you retire, save, Before the reward there must be labor. You plant before you harvest"

Business and Trade

O ye who believe! Do not squander one another’s wealth in vanities, but let there be amongst you traffic and trade by mutual good will. ——— The Holy Quran, 4:29

Sunday, March 25, 2012

Anda Quadran yang mana satu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...semoga sejahtera dan sihat walafiat pengunjung blog saya ini. Hari ini saya akan berkongsi kepada anda semua tentang Aliran Tunai (Cashflow) Quadrant. Perkongsian saya ini berdasarkan kepada buku Rich Dad Poor Dad Part 2 tulisan Robert T.Kiyosaki. Buku ini sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan. Caranya mudah, dengan melihat Quadrant Pendapatan/Income mana anda berada.

Dalam buku ini menerangkan tentang, cara bagaimana pendapatan anda diperolehi atau bagaimana anda membuat wang melalu 4 sektor atau quadran ini. Menurut Kiyosaki, terdapat 4 cara atau quadrant diperolehi. Quadran pertama, kita memperolehi wang atau membuat wang melalui makan gaji, kita sebagai pekerja atau Employee. 

QUADRAN 1 : EMPLOYEE/BEKERJA/MAKAN GAJI

Kita trade masa untuk mendapatkan RM. Kita bekerja berdasarkan masa. Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. Tidak kira berapa pandai pun anda jika anda bekerja makan gaji anda terikat kepada masa bekerja. Kebiasaannya majikan akan membayar anda gaji berdasarkan masa anda bekerja selama 8 jam sehari. Jika gaji anda berjumlah RM1800 setahun ini bermakna anda dibayar gaji RM 9 perjam. Jika anda ingin menambah pendapatan anda hendaklah mengambil bekerja lebih masa. Ini bermakna anda bekerja melebihi 8 jam dan ini dipanggil sebagai OVERTIME. Golongan ini tidak akan mencapai kebebasan kewangan jika bergantung harap dengan upah atau gaji yang diperolehi. Untuk golongan ini bagaimanakah caranya untuk mencapai kebebasan kewangan walaupun bekerja. Saya akan terangkan caranya seperti yang termaktub di dalam buku ini. Sesungguhnya buku ini sesuai dibaca bagi mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan.

QUADRAN 2 : BEKERJA SENDIRI / SELF EMPLOYEED

Bekerja sendiri tidak jauh bezanya dengan bekerja makan gaji. Cumanya bekerja sendiri mempunyai kebebasan dari segi masa. Ia tidak dibayar berdasarkan masa tetapi berdasarkan kepada amaun. Sebagai contoh jika dahulunya seorang doktor bekerja makan gaji dan telah membuka kliniknya sendiri. Maka daktor tersebut adalah bekerja sendiri untuk kliniknya. Begitu juga jika seorang penggunting rambut. Persoalannya mereka-mereka ini akan hilang pendapatan sekiranya kedai atau klinik mereka ditutup disebabkan oleh sakit atau urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, quadran ini juga belum dapat mencapai kewangan seperti yang diharapkannya.



Thursday, March 22, 2012

Apa itu simpanan?

Simpan boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan. Sama ada untuk bersara secara selesa, bayaran muka untuk rumah, atau sebuah kereta baru atau stereo, anda boleh mencapai semua ini dengan menetapkan wang.Tetapi apa yang menariknya dengan meyimpan anda boleh mengelakkan dari tenggelam dalam hutang. Kenapa sebab dengan adanya simpanan kita boleh membeli matlamat kewangan atau impian kita secara tunai

Jangan Sombong

Wah lain macam sahaja bunyi tajuk artikel blog saya kali ini. JANGAN SOMBONG seolah-olah ingin menyampaikan dan menempelak terus kepada mereka yang sombong. Maaflah sebenarnya saya ingin berkongsi siapa yang dikatakan sombong kalau anda terasa bila membaca blog ini tandanya anda memang sombong. Opsss jangan marah...Nanti kena jual ...trademark P.Ramlee dalam satu filemnya yang terkenal.

Yap...apa yang ingin dikatakan sombong. Semua orang tahu siapa yang sombong. Ada yang kata tinggi hidung so kalau camtu bangsa-bangsa yang memiliki hidung yang tinggi adalah mereka yang sombong.Ehmmm tak berasas, Ada yang kata ego itu adalah sombong. Sejauh mana kebenarannya akan kita bongkar hari ini. 

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ka'bul Ahbar berkata: "Orang yang sombong itu akan datang pada hari kiamat berupa orang sekecil semut diliputi oleh kehinaan dari segala tempat, mereka masuk neraka dan diberi minum dari thinatul khabaal, yakni darah bercampur nanah dari ahli neraka."

Abul Laits meriwayatkan dari Sufyan bin Mis'ar berkata: "Saya mendapat berita dari Alhusain bin Ali r.a. berjalan melalui beberapa orang miskin yang sedang makan roti diatas kain, maka mereka berkata: "Ya Aba Abdillah, silakan makan." Maka ia turun sambil berkata: "Innahu la yuhibbul mustakbirin." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong." lalu ia duduk makan bersama mereka lalu berkata: "Saya telah menerima undanganmu dan kamu kini harus menerima undanganku." Maka pergilah mereka bersama Alhusain bin Ali r.a. kerumahnya, lalu Alhusain berkata kepada budaknya: "Keluarkan semua yang ada dari makanan yang kau simpan."

Abul Laits meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: " Tiga macam orang yang tidak akan diajak berbicara oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dan tidak dilihat dan mereka tetap mendapat siksa yang pedih iaitu:
  • Orang tua yang berzina
  • Raja yang berdusta
  • Orang miskin yang sombong
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Telah diperintahkan kepadaku tiga macam orang yang pertama masuk syurga dan tiga macam orang yang pertama masuk neraka. Adapun tiga macam orang yang pertama masuk syurga iaitu:
  • Orang yang mati syahid
  • Hamba sahaya yang disamping kesibukannya didunia tidak meninggalkan taat kepada allah s.w.t.
  • dan orang fakir yang banyak anak keluarga dan tawadhuk
Adapun tiga macam orang yang pertama masuk neraka, maka iaitu:
  • Raja yang kejam
  • Orang kaya yang tidak mengeluarkan zakat
  • Orang miskin yang sombong

Sambung nantilah yer...

Attitude Mengubah Segalanya...

Salam sejahtera para pengunjung blog saya... Hari ni saya akan berkongsi dengan anda apa yang dikatakan dengan attitude dan bagaimana attitude boleh mengubah segalanya...seperti cara anda berfikir, cara anda membawa diri anda, cara anda berjalan, cara anda bercakap...dan sebagainya. Mari kita terokai bersama.

Apa itu ATTITUDE?

Sikap merupakan reaksi atau respon yang masih tertutup dari seseorang terhadap suatu stimulus atau objek. Berdasarkan batasan tersebut, dapat disimpulkan bahwa manifestasi sikap tidak dapat langsung dilihat, tetapi hanya boleh ditafsirkan terlebih dahulu dari perilaku yang tertutup. Newcomb, seorang ahli psikologi sosial, menyatakan bahwa sikap adalah kesediaan dan kesiapan untuk bertindak, dan bukan merupakan pelaksanaan motif tertentu. Sikap bukan suatu tindakan atau aktiviti, ianya merupakan predisposisi tindakan suatu perilaku.
An attitude is a favorable or unfavorable evaluation of something.[1] Attitudes are generally positive or negative views of a person, place, thing, or event— this is often referred to as theattitude object. People can also be conflicted or ambivalent toward an object, meaning that they simultaneously possess both positive and negative attitudes toward the item in question. 
Dapat diterjemahkan disini ialah Sikap adalah penilaian yang memihak atau tidak memihak sesuatu. [1] Sikap adalahpandangan seseorang, tempat, benda, atau peristiwa ini sering dirujuk sebagai objek sikap yang positif atau negatif. Orang ramai juga boleh menjadi konflik atau ambivalen ke arah sesuatu objek, yang bererti bahawa mereka pada masa yang sama mempunyai sikap positif dan negatif terhadap item dalam soalan. 

Komponen Sikap


Allport (1954) yang dikutip kembali oleh Notoatmodjo menjelaskan bahwa sikap itu mempunyai 3 komponen, iaitu:


1. Kepercayaan (keyakinan), idea dan konsep terhadap suatu objek.


2. Kehidupan emosional atau evaluasi emosional terhadap suatu objek.


3. Kecenderungan untuk bertindak (trend to behave) (Notoatmodjo, 2003).


Ketiga komponen ini secara bersama sama akan membentuk sikap yang kuat, kukuh (total attitude), dimana pengetahuan, pikiran, keyakinan, dan emosi memegang peranan penting dalam pembentukannya. Dapat disimpulkan. Komponen Attitutde dapat dirumuskan seperti berikut:-


Attitude = Keyakinan + Rasa (Emosi) + Azam

Percaya kepada diri sendiri + Merasa terujah + Berazam untuk berubah

Saranan kepada diri
Saya Yakin bersemangat dan akan berusaha bersungguh untuk memajukan diri, InsyaAllah
Jelas bukan daripada sikap tersebut wujudnya  komponen yang membentuk sikap menjadi kuat dan dari komponen tersebut kita boleh mencipta beberapa saranan yang dapat mengubah attitude kita. Selain itu juga sikap/attitude mempunyai tahap atau tingkatnya tersendiri.

Tingkatan Sikap


Menurut Notoatmodjo (1996), sikap terdiri dari berbagai tingkatan yaitu :


1. Menerima (receiving)
2. Respon (responding)
3. Menghargai (valuing)
4. Bertanggung jawab (responsible).


Mula-mula subjek akan menerima stimulus yang diberikan, lalu subjek akan meresponnya. Selanjutnya subjek akan mulai tertarik dengan stimulus, dimana subjek akan mulai berbagi pendapat atau berdiskusi dengan orang di sekitarnya. Akhirnya, subjek akan menentukan pilihan bagaimana merespon stimulus, sama ada respon tersebut adalah positif ataupun negatif.


Pengukuran sikap dapat dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung dapat ditanyakan bagaimana pendapat atau pertanyaan responden terhadap suatu objek. Secara tidak langsung dapat digunakan pertanyaan-pertanyaan hipotesis, kemudian ditanyakan kepada responden.


Perlukah attitude diubah?


Attitude perlu diubah. Seharusnya attitude seseorang itu lebih bersikap anjal dan terbuka. Agar segala bentuk maklumat yang masuk di dalam minda kita dapat diserap dan ditafsir. Hasil tafsiran tersebut akan menyebabkan kita respon sama ada benda itu positif atau tidak. 

Contoh Senario:-

Encik Ali merupakan seorang penjawat kerajaan sebagai kerani di sebuah jabatan di Wisma Persekutuan. Mempunyai pendapatan RM1300 sudah berkahwin dengan gadis pilihan dan juga merupakan penjawat kerajaan dan mempunyai pendapatan RM800 dan mempunyai seorang anak berusia 1 tahun. Masalah beliau, sering mengadu ketidak cukupan pendapatan walaupun kedua-dua suami isteri ini mempunyai pendapatan terkumpul RM2100 sebulan. Agak-agaknya apa yang menyebabkan wang pendapatan mereka tidak cukup. Secara logiknya, wang tersebut memang cukup tetapi attitude mengatakan tidak cukup sebab duit pendapatan telah habis dibelanjakan sepenuhnya. So apa lagi yang tinggal. Tanya diri kita...

Spend First Then Save OR Save First Then Spend

Belanja Dulu ATAU Simpan Dulu

So jawapan En.Ali...Belanja Dulu,,,baru Simpan...Jika inilah jawapannya maka itulah keputusan Ali. Keputusan yang menyebabkan wang pendapatan tidak pernah cukup dan tidak pernah ada wang simpanan. Jika ditanya pun, kenapa tak menyimpan alasannya wang tidak pernah cukup.

Jika tanya, kalau tak cukup kenapa nak belanja lagi...? Jawapannya itu bukan attitude tetapi  adalah style. Semoga kita dilindungi dari menjadi insan yang sentiasa meminta-minta dari makhluk lain. Hanya kepadaNYA kita meminta. Amin.

Sikap adalah keputusan anda
Hubungi saya jika anda mahu attitude anda berubah dengan serta merta di talian : 016815121

Wednesday, March 21, 2012

Kenapa harga barang naik?

Ramai yang mengeluh, apabila barang keperluan harian naik tetapi tidak ramai yang tahu kenapa barang naik? Kenaikan barang sebenarnya disebabkan oleh INFLASI. Apa itu inflasi?
Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga (kebanyakan barang dan perkhidmatan) yang berterusan..
Punca-punca berlakunya inflasi.

1. Inflasi Tarikan Permintaan
Berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. (APA YANG BERLAKU SEKARANG, SELEPAS PENINGKATAN HARGA MINYAK DUNIA)-harga minyak turut mempengaruhi kenaikan harga2 barang keperluan...kita sebagai pengguna tiada pilihan.

3. Inflasi Bekalan Wang
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa. (AMERIKA SEDANG MENGHADAPI KRISIS INI)-krisis sebegini jarang berlaku dinegara2 membangun..

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran. (CONTOH TERBAIK, ASTRO MEMONOPOLI SIARAN TV KABEL)

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport. (INI BIASA BERLAKU, KERANA KEADAAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA BERUBAH-UBAH)

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI
1. Mengawal Permintaan
Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.
2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupakan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.
3. Polisi Ekonomi Makro
Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halatuju pembangunan negara.
PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI
* Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
* Elakkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
* Cari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
* Dapatkan harga terbaik juga dengan cara tawar-menawar jika dapat dilakukan.
* Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
* Pengguna/pengeluar hendaklah beretika.
* Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.


harap pembaca semua faham tentang inflasi...

contoh paling mudah untuk faham ttg inflasi:-

saya gunakan rm1 sebagai contoh

pada tahun 1970an   dengan RM 1 kita boleh beli 4 cawan kopi.

pada tahun 1980an   dengan RM 1 kita boleh beli 2 cawan kopi.

pada tahun 1990an   dengan RM 1 kita boleh beli 1 cawan kopi. 

dan sekarang  dengan RM 1 kita hanya dapat setengah cawan shaja..

"you buy less for the same ringgit you have"

so cuba bayangkan pada masa depan semakin lama nilai wang kita semakin kecil dan meyusut...jadi mari kita gandakan simpanan pelaburan di UNIT amanah ...

untuk mengetahui ttg bagaimana utk anda mencapai sasaran kewangan anda semasa persaraan nnt sila hubungi saya samada melalui email atau sms ...terpulang kepada anda.
insyaallah saya akan cuba membantu anda .

Tuesday, March 20, 2012

INTRODUCTIONS

Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera kepada pengunjung blog saya ini.


The purpose of this blog is developed to provide knowledge, share knowledge, ideas, opinions, blog visitors to investment matters. God willing, I will try to delve further question of all questions to be raised by the visitors of this blog.

I hope that my blog this information, together we can learn about what was said about the investment. If there are friends out there, or visitors of this blog will know more about any of the issues discussed apply equally we share that knowledge can be expanded to others.

Hopefully, what we do with the sharing of knowledge can be beneficial to people out there, especially in seeking knowledge and those seeking investment opportunities to double savings through legitimate investments. God willing.

Good Reading & Have a nice day...