Amir (bukan nama sebenar) seorang eksekutif berusia 30 tahun di sebuah firma swasta. Masih bujang dan berpendapatan RM3000 sebulan. Hidup dibandar metropolitan seperti kota Kinabalu merupakan cabaran bagi seorang eksekutif muda. Cara hidup yang penuh bergaya dan penuh cabaran semestinya memerlukan kos hidup yang tinggi. Amir memahami dalam dunia yang serba mencabar dan penuh pesaing ini, semestinya harus Amir bekerja keras untuk mencipta kejayaan disamping menjana pendapatan. Jauh disudut hati ,Amir ingin menjadi seorang usahawan dan ingin menjadi jutawan dalam masa beberapa tahun lagi. Beliau bercadang untuk bersara awal sebelum umur mencecah umur 50 tahun.
Dalam hatinya berbisik, "jika saya boleh bersara awal seawal umur 50 tahun kenapa saya perlu tunggu 55 tahun, tapi bagaimana caranya"
Suatu hari, sedang Amir berjalan-jalan di salah sebuah shopping complex terbesar di bandaraya kota kinabalu One Borneo (1B) beliau telah melihat sekumpulan perunding unit amanah sedang membuat roadshow ataupun boothscheme. Salah seorang daripada mereka telah menegur beliau dan memperkenal diri Fazlie. Beliau merupakan seorang perunding unit amanah dari PM. Beliau telah mempelawa Amir untuk mendengar sedikit perkongsian tentang unit amanah. Beliau telah meminta maklumat sedikit tentang diri Amir seperti umur, status perkahwinan, pekerjaan, sumber pendapatan dan sebagainya. Setelah itu En.fazlie telah bertanya soalan kepada amir...
"Encik Amir, apakah impian yang encik Amir mahu dalam hidup tetapi sehingga kini masih belum tercapai?"
Wah, peunding ini macam tahu-tahu jak apa impian aku. Bagaikan dipukau Amir pun terus menjawab "Saya nak jadi Jutawan" dalam hati Amir dia berasa malu kalau-kalau impiannya akan menjadi bahan ketawa oleh En.fazlie tapi sangkaan Amir meleset, perunding tersebut terus mencatat sambil mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju dan berkenan dengan impian Amir. Seolah-olah En.fazlie sudah biasa dengan impian tersebut. Mungkin sudah ramai yang en.fazlie temui ingin menjadi Jutawan. Setelah itu en.fazlie bertanya lagi...
"Encik Amir, boleh saya tahu apakah cara atau usaha en. Amir untuk menjadi Jutawan"
amir termanggu sendirian. Jawapan inilah yang Amir cari selama ini. Kalau berniaga, Amir tidak berminat. Mana mungkin Amir mahu tinggalkan gaji rm3000 untuk membuat perniagaan yang belum pasti berjaya. Kalau rugi, habis semua duit simpanan yang bernilai RM30,000 sepanjang dia bekerja.
Fuhhh...Amir lantas menjawab "menyimpanlah en.fazlie dengan apa cara lagi, nak berniaga saya risau pengalaman, pengetahuan tak cukup"
"Encik Amir, boleh saya tahu dimana encik Amir menyimpan? Berapa yang telah En.Amir simpan selama encik Amir bekerja" pertanyaan en.Fazlie begitu bersemangat.
Amir menjawab, "buat masa ni saya menyimpan setiap bulan di Saving Account , M**bank dan setakat ini jumlah simpanan terkumpul adalah lebih kurang RM50,000"
"Wah banyak tu en.Amir, tahniah encik Amir! , orang macam encik Amir susah nak cari dalam usia begini en.Amir ada kesedaran tinggi untuk menyimpan. Bangganya encik Amir mampu menyimpan sehingga RM50K. Kebiasaannya orang-orang eksekutif macam en.Amir ni sudah tentu mahu berhibur dan bersuka ria. Maklumlah usia muda tapi Encik Amir mempunyai kesedaran tinggi serta mempunyai disiplin tinggi dalam pengurusan kewangan. Tahniah sekali lagi"
"Biasa-biasa saja tuan, kalau kita ada halatuju beginilah tuan. Mahu tak mahu mesti simpan, walaupun niat dihati tu nak shopping sahaja tetapi takpelah janji masa depan cemerlang"
"en.amir tadi encik anda bagitau bahawa encik menyimpan di Saving Account biasa. En.Amir tahu tak berapa pulangan yang encik Amir jika simpan disitu."
"Setahu saya dekat-dekat 2%, betulkah encik fazlie"
"Betul encik Amir...begitulah pulangannya...mari saya tunjukkan adakah encik Amir boleh bersara dengan selesa atau tidak...menurut Azizi Ali penulis terkenal katanya seseorang akan bersara selesa apabila dia mencapai RM1 Juta simpanan. so adakah encik Amir akan mendapat RM1 Juta dan seterusnya bergelar Jutawan. Sama-sama kita kira..."
En.Fazlie pun mengira berdasarkan maklumat yang telah diperolehi dari En.Amir. Ianya dapat digambarkan seperti gambarajah dibawah.
Berdasarkan gambarajah diatas, dengan pelaburan lumpsump RM50,000 sekali sahaja dengan pulangan 2% di saving account biasa maka sudah tentu en.Amir tidak mencapai matlamatnya mengumpul sejumlah wang sebanyak RM1 Juta. Ini jelas dalam pengiraan menunjukkan selepas 20 tahun en.Amir hanya berjaya mengumpul wang sebanyak RM74,297 jauh sekali menepati sasaran.
Berapakah pulangan yang diperlukan oleh en.amir untuk menggandakan wang beliau menjadi RM1 juta?
Jika en.Amir menghendaki RM1 juta dalam masa 20 tahun dengan pelaburan LumpSump. En.Amir memerlukan 16.2% purata setahun seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah.
Adakah mana-mana tools simpanan boleh mencapai 16.2% purata setahun. jawapannya en.Amir kena melabur di unit trust. Buktinya...Hanya dengan melabur selama 10 tahun pelabur mendapat pulangan 195.46% di dana Ittikal. ini bermakna dalam masa setahun , pelabur telah memperolehi purata setahun sebanyak 19.5% itu baru 10 tahun kalau 20 tahun boleh mendapat lebih dari itu...Inilah kuasa berganda atau lebih dikenali sebagai THE POWER OF COMPOUNDING. Rujuk gambarajah dibawah. Walaubagaimanapun pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka panjang. Semakin lama anda melabur semakin bertambah atau accumulate dana anda. Semakin tinggi pulangan yang diperolehi
 |
| sumber laman web : PM |
En.Amir terasa teruja melihat performance sedemikian rupa. Selama ini tak pernah dengar compounding interest mujurlah dia bertemu dengan en.fazlie yang sabar dalam menerangkan pelaburan unit trust.
"En.Amir, boleh saya tahu berapa encik Amir peruntukkan untuk simpan di bank sepanjang bekerja..."
Pertanyaan en.fazlie, menyentak lamunan Amir buat seketika. Dengan nada bangga menjawab "tak banyak en.fazlie cuma RM1000 sebulan", lantas en.fazlie terus membuat pengiraan dengan khusuk dan bersemangat.
Dalam gambarajah diatas, En.Amir menyimpan setiap bulan RM1000 sebulan. Mendapat keuntungan berdasarkan pengiraan sebelum ini. Kita andaikan keuntungan purata 16% berdasarkan jangkamasa pelaburan yang lama selama 20 tahun. Ianya tidaklah mustahil diperolehi. Inilah kuasa compounding. Jumlah wang yang akan diperolehi dari pelaburan unit trust sebanyak RM2,474,870.
Encik Amir tersenyum sendirian tanpa dipaksa beliau bersetuju untuk memulakan pelaburan kerana jawapan selama ini telah ditemuinya dan masa depan kembali cerah dan berbunga harum...