Sunday, March 25, 2012

Anda Quadran yang mana satu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...semoga sejahtera dan sihat walafiat pengunjung blog saya ini. Hari ini saya akan berkongsi kepada anda semua tentang Aliran Tunai (Cashflow) Quadrant. Perkongsian saya ini berdasarkan kepada buku Rich Dad Poor Dad Part 2 tulisan Robert T.Kiyosaki. Buku ini sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan. Caranya mudah, dengan melihat Quadrant Pendapatan/Income mana anda berada.

Dalam buku ini menerangkan tentang, cara bagaimana pendapatan anda diperolehi atau bagaimana anda membuat wang melalu 4 sektor atau quadran ini. Menurut Kiyosaki, terdapat 4 cara atau quadrant diperolehi. Quadran pertama, kita memperolehi wang atau membuat wang melalui makan gaji, kita sebagai pekerja atau Employee. 

QUADRAN 1 : EMPLOYEE/BEKERJA/MAKAN GAJI

Kita trade masa untuk mendapatkan RM. Kita bekerja berdasarkan masa. Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. Tidak kira berapa pandai pun anda jika anda bekerja makan gaji anda terikat kepada masa bekerja. Kebiasaannya majikan akan membayar anda gaji berdasarkan masa anda bekerja selama 8 jam sehari. Jika gaji anda berjumlah RM1800 setahun ini bermakna anda dibayar gaji RM 9 perjam. Jika anda ingin menambah pendapatan anda hendaklah mengambil bekerja lebih masa. Ini bermakna anda bekerja melebihi 8 jam dan ini dipanggil sebagai OVERTIME. Golongan ini tidak akan mencapai kebebasan kewangan jika bergantung harap dengan upah atau gaji yang diperolehi. Untuk golongan ini bagaimanakah caranya untuk mencapai kebebasan kewangan walaupun bekerja. Saya akan terangkan caranya seperti yang termaktub di dalam buku ini. Sesungguhnya buku ini sesuai dibaca bagi mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan.

QUADRAN 2 : BEKERJA SENDIRI / SELF EMPLOYEED

Bekerja sendiri tidak jauh bezanya dengan bekerja makan gaji. Cumanya bekerja sendiri mempunyai kebebasan dari segi masa. Ia tidak dibayar berdasarkan masa tetapi berdasarkan kepada amaun. Sebagai contoh jika dahulunya seorang doktor bekerja makan gaji dan telah membuka kliniknya sendiri. Maka daktor tersebut adalah bekerja sendiri untuk kliniknya. Begitu juga jika seorang penggunting rambut. Persoalannya mereka-mereka ini akan hilang pendapatan sekiranya kedai atau klinik mereka ditutup disebabkan oleh sakit atau urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, quadran ini juga belum dapat mencapai kewangan seperti yang diharapkannya.



0 comments:

Post a Comment