Ringgit Cost Averaging (RCA)

Small Savings Make A Big Difference. Set up a Direct Debit Instruction with Public Mutual and watch your funds grow. With time and compounding interest, your regular investments can help secure a brighter future for you and your loved ones.

What is the future?

The Future depends on what we do in the present.

How much money you make it?

"It's not how much money you make, but how much money you keep, how hard it works for you, and how many generations you keep for it.The question isn't at what age I want to retire, it's at what income"

Think first Before Talk

"Before you spend, earn. Before you invest, investigate. Before you criticize, wait.Before you pray, forgive. Before you quit, try. Before you retire, save, Before the reward there must be labor. You plant before you harvest"

Business and Trade

O ye who believe! Do not squander one another’s wealth in vanities, but let there be amongst you traffic and trade by mutual good will. ——— The Holy Quran, 4:29

Monday, October 15, 2012

Rakyat Malaysia Malas ...

Rakyat Malaysia Malas Menabung...



* Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
* 28% sahaja merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
* 21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
* 37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.

RAKYAT MALAYSIA didapati belum bersedia dari segi kewangan apabila berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung. Hasil kaji selidik Citibank mengenai kesedaran perancangan kewangan rakyat Malaysia sangat membimbangkan.

Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung. Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya. Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.

Berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar, hasil kaji selidik ini agak membimbangkan. Meskipun penanda aras kesedaran rakyat negara ini mengenai perancangan kewangan dan persaraan bagi suku akhir 2008, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih belum mantap, katanya pada sidang media selepas membentangkan keputusan kajian itu di Kuala Lumpur, semalam.

Kaji selidik Suku Tahun Akhir Citibank, merangkumi 500 temu bual dalam talian, yang setiap responden diajukan 40 soalan, bertujuan mengetahui tahap pemahaman rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan masing-masing. Berdasarkan keputusan keseluruhan kajian, secara umumnya, kesedaran merancang kewangan di kalangan rakyat meningkat kepada 51 mata daripada 49 mata pada suku terakhir tahun lalu.

Sehubungan itu, Johnson berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat negara ini menyedari kepentingan kewangan. Pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna membina kekayaan, tetapi penghidupan selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yang lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.

Kajian itu menjadi ukuran bagi mengawal kedudukan kewangan, terutama ketika persekitaran mencabar dengan isu pemberhentian kerja dan pemotongan gaji, katanya. Beliau menyaran pengguna supaya merangka perancangan kewangan yang tersusun, justeru, membantu mereka mengharungi tempoh kelembapan ekonomi.

Menurut kajian itu, kini lebih ramai rakyat Malaysia khususnya di kalangan golongan muda berumur 18 hingga 29 tahun, mula memberi perhatian kepada urusan kewangan mereka. Sejumlah 56 peratus daripada responden, beranggapan kedudukan kewangan mereka kini adalah lebih baik berbanding tahun lalu. Bagaimanapun, sejumlah 37 peratus daripada responden, naik empat peratus berbanding tempoh sama 2007, berasa bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka. Dari segi pematuhan bajet bulanan, kajian itu mendapati, walaupun 86 peratus responden berhasrat mematuhinya, kurang 28 peratus yang benar-benar mematuhinya.

Maklumat lanjut hubungi

Rosfazlie Roslie
0168151321
UT COnsultant Berdaftar Sabah

Ubah Gaya Hidup...


Ubah gaya hidup,mula menyimpan dari sekarang...

KOTA KINABALU 22 April - Sikap boros berbelanja merupakan faktor kritikal yang menyebabkan kebanyakan rakyat di negara ini jatuh miskin selepas bersara.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Tune Ins Holdings Sdn. Bhd., K. Sasitharan berkata, cadangan melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun bukanlah satu jaminan yang dapat mengelakkan rakyat negara ini daripada mengalami sindrom miskin selepas bersara.

"Wang simpanan RM1 juta atau RM2 juta bukan satu nilai selamat seandainya amalan boros diteruskan semasa usia persaraan.

"Bagaimanapun, sekiranya anda memiliki simpanan kurang daripada RM1 juta tetapi hidup dengan cukup sederhana dan berhemah, wang yang dimiliki mampu bertahan," katanya ketika ditemui pada Seminar Khas Kewangan anjuran Amanah Saham Nasional Bhd. sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012, di sini hari ini.

Kata beliau, sebagai langkah awal dan berhati-hati, rakyat Malaysia perlu bersedia dan berani melakukan perubahan gaya hidup kepada lebih sederhana menjelang peningkatan usia.

Sasitharan berkata, dalam kajian dan pemerhatian yang dijalankan, didapati sebahagian besar pekerja di negara ini, sama ada yang berpendapatan sederhana atau tinggi, tidak berupaya mengubah kehidupan mereka kepada lebih sederhana ketika usia kian meningkat.

"Masalah ini adalah kritikal dan ia hanya boleh diatasi dengan mengubah kehidupan lebih sederhana," katanya.

Beliau mengakui, bukan mudah untuk menukar gaya hidup tetapi ia perlu dilakukan dengan inisiatif sendiri dan dilakukan secara holistik.

"Tiada siapa boleh mengawal diri sendiri daripada berbelanja besar, jadi sikap boros ini adalah masalah individu dan hanya diri sendiri mampu menyelesaikannya," katanya.

Menurutnya, peningkatan gaya hidup mengakibatkan rakyat negara ini begitu berani berbelanja besar tanpa berasa bimbang terhadap kedudukan kewangan semasa dan akan datang.

"Rakyat kita semakin boros berbelanja, tidak cukup duit, mereka guna pula kad kredit, cara perbelanjaan ini memang menakutkan, tetapi bolehkah amalan tersebut diteruskan ketika usia semakin bertambah?," soalnya.

Justeru, Sasitharan berkata, jurang cukup besar antara perbezaan gaya hidup dan nilai wang yang ada perlu diatasi segera melalui pendidikan dalam perancangan kewangan dan psikologi.

"Ini penting bukan sahaja untuk mengelakkan rakyat semakin miskin apabila tua tetapi ia juga boleh menjejaskan visi untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya.


Dipetik dari Berita Utusan

Hubungi saya untuk maklumat lanjut pelaburan Unit Amanah

Rosfazlie Roslie
0168151321
UT Consultant Berdaftar Sabah

Saturday, October 6, 2012

Cerita pasal untung...


Pelabur A : Ko tahu tak, aku menjana pendapatan dari pelaburan sebanyak RM1000. Ko berapa?


Pelabur B : Aku dapat RM10K, ha ha ha hebatkan

Pelabur A : Berapa ko labur?

Pelabur B : Tak banyak, around RM200K

Pelabur A : Aku hanya RM5K jer...


Pelabur B : Siapa consultant ko?

Pelabur A : Fadli Roslie consultantku...ko pula...

Pelabur B : Entah siapa entah...


Perbualan tentang keuntungan sudah tidak asing lagi bagi dikalangan pelabur. Bagi yang tidak melabur memang cukup asing. Keuntungan pelaburan dapatlah diukur dengan lebih mudah dengan melihat kadar "peratusan" sesebuah prestasi dana atau pelaburan tersebut dan bukannya diukur dengan jumlah amount tambahan atau susut pelaburan tersebu walaupun boleh sebenarnya.Oleh itu berdasarkan perbualan antara Pelabur A dengan Pelabur B siapakah yang lebih SMART dan LEBIH UNTUNG. Mari kita lihat perbandingannya melalui peratusan. Jika dikira peratusan Pelabur A. beliau mendapat 20% lebih tinggi berbanding Pelabur B yang hanya memperolehi pendapatan hasil dari pelaburan sebanyak 5%. Ini bermakna jika Pelabur A adalah pelabur SMART dan LEBIH UNTUNG walaupun hanya melabur sebanyak RM5K berbanding pelabur B yang melabur RM200K. 

Bukan berapa banyak anda dapat tetapi dimana anda simpan dan laburkan wang anda itulah yang penting. Jika anda menyimpan ditempat yang betul maka anda akan memperolehi pendapatan sama seperti Pelabur A. Lihat ilustrasi yang saya buat ni...

Pelabur A
Pelabur B

Pelabur A hanya bermodalkan RM5000 dan menyimpan wangnya didalam unit trust yang dapat memberi pulangan 20% seperti contoh perbualan di atas selama 30 tahun. Akhirnya Pelabur A telah memperolehi wang sebanyak RM1,186,882. Manakala Pelabur B hanya memperolehi RM864,388 iaitu dengan kadar pulangan 5% walaupun beliau melabur senbanyak RM200,000.

The moral of this story ... Bukan berapa banyak anda dapat tetapi dimana anda menyimpannya...

Hubungi saya untuk maklumat lanjut bagaimana melabur dengan unit trus anda boleh menggandakan wang anda. 

0168151321


Monday, October 1, 2012

Cerita Duit...


Makhluk yang bernama DUIT


Duit A : Ko tinggal dimana




Duit B : Aku tinggal di Bank *&%$#




Duit A : Best tak tinggal di sana...



Duit B : Tak best hari2 berpindah...aku baru nak kenal awek...dah tuan aku ajak pindah...ko pula macamana



Duit A : Tuan aku best, dia buatkan rumah, belikan kereta, bagi pendidikan, backup untuk aku bersara pun 

ada...lagi best kat tempat aku tu ada awek bukan 1 tapi beratus-ratus...kerja aku buat anak...(jgn berfikiran lain yer)...lepas tu anak-anak aku tu dah besar bantu tuan aku, bekerja untuk tuan aku...aku santailah...



Duit B : Best ko bro...aku nak pindahlah...siapa tuan ko



Duit A : Siapa lagi Tuan Besar ........


Begitulah nasib si duit. Duit A bernasib baik kerana dimiliki oleh seorang tuan yang mempunyai kesedaran tinggi untuk menabung dan melabur sedangkan duit B sebaliknya kerana mendapat tuan yang suka berbelanja. Apa tidaknya masuk sahaja gaji habis dikeluarkan duitnya untuk dibelanjakan. Sedangkan tuan besar Duit A...seorang yang bijak apabila melaburkan sebahagian dari wang pendapatannya untuk menjana lebih wang pendapatan. Memandangkan tuan besar A lebih baik dan sentiasa menjaga kebajikan duit A maka sudah tiba masanya duit A membayar balik budi tuannya dan bekerja keras untuk tuannya walaupun tuannya tidak sudah dapat menyimpan atau melabur. 

The moral of this story...buat baik akan dibalas baik. Siapakah tuan besar A. Ya jawapannya kita semua yang memiliki duit dan pendapatan.

Terima Kasih...