Ringgit Cost Averaging (RCA)

Small Savings Make A Big Difference. Set up a Direct Debit Instruction with Public Mutual and watch your funds grow. With time and compounding interest, your regular investments can help secure a brighter future for you and your loved ones.

What is the future?

The Future depends on what we do in the present.

How much money you make it?

"It's not how much money you make, but how much money you keep, how hard it works for you, and how many generations you keep for it.The question isn't at what age I want to retire, it's at what income"

Think first Before Talk

"Before you spend, earn. Before you invest, investigate. Before you criticize, wait.Before you pray, forgive. Before you quit, try. Before you retire, save, Before the reward there must be labor. You plant before you harvest"

Business and Trade

O ye who believe! Do not squander one another’s wealth in vanities, but let there be amongst you traffic and trade by mutual good will. ——— The Holy Quran, 4:29

Wednesday, November 7, 2012

Risiko Pelaburan

Hari ni saya akan membahaskan tentang risiko...anda diluar sana mungkin pernah dengar alasan-alasan berkaitan dengan pelaburan antaranya RISIKO. Benarkah pelaburan itu berisiko ? Tahukah anda apa itu risiko ? Sebelum kita membahaskan lebih lanjut kenapa kita takut kepada risiko...izinkan saya bertanya...Adakah dalam kehidupan anda sehari-hari anda tidak berdepan risiko ? Adakah anda hidup tanpa risiko ? Apakah risiko yang mungkin akan anda hadapi atas tindakan dan perbuatan anda mendapatkan sesuatu ? Secara ironiknya risiko ada dimana-mana. Orang yang takutkan risiko adalah mereka yang hidup di alam fantasi atau alam kartun. Percaya tidak dalam alam fantasi tidak ada risiko yang memungkinkan anda berasa rugi atau pun kehilangan disebabkan tindakan anda.

Apa itu risiko ?

Konsep yang memperihalkan kebarangkalian berlakunya kemungkinan tertentu. Sebenarnya, tanggapan risiko tidak bergantung pada tanggapan nilai, oleh itu kemungkinan berkenaan tidak kira baik mahupun buruk akibatnya. Sungguhpun begitu, secara amnya risiko membincangkan kesan buruk terhadap sesetengah ciri-ciri nilai yang timbul akibat kejadian yang akan berlaku....Sumber Wikipedia

Takrifan Risiko ?


Wujudnya pelbagai takrifan bagi istilah risiko yang berbeza mengikut penggunaan dan konteks situasi tertentu. Antaranya, risiko merupakan isu yang boleh dielakkan atau diringankan (di mana isu ialah masalah berpotensi yang perlu diselesaikan sekarang juga.) Risiko dihuraikan secara kualitatif dan kuantitatif. Risiko sering ditakrifkan sebagai situasi yang boleh membawa padah atau akibat buruk.
Secara kualitatif, risiko berkadar pada kerugian jangkaan yang boleh timbul dari suatu kejadian dan juga kebarangkalian terjadinya kejadian tersebut. Semakin besar kerugian dan kebarangkalian kejadian tersebut, maka semakin besar risiko keseluruhannya.
Dalam bidang kejuruteraanrisiko ditakrifkan sebagai:

 \text{Risiko} = (\text{kebarangkalian kemalangan}) \times  (\text{kerugian dari setiap kemalangan}).\,

Secara amnya:

 \text{Risiko} = (\text{kebarangkalian berlakunya kejadian}) \times  (\text{kesan dari kejadian}).\,
Salah satu penggunaan konsep risiko utama yang terawal adalah ketika merancangkan projek perlindungan banjir Delta Works di Belanda pada tahun 1953, dengan bantuan David van Dantzig.[1]Analisa risiko sedemikian yang dipelopori ini menjadi kebiasaan di bidang-bidang kuasa nuklearaeroangkasaindustri kimia dan sebagainya

Dalam konteks pelaburan risiko dapatlah ditakrifkan...

Risiko = (Keberangkalian berlakunya kerugian) x (kesan dari pelaburan)

Risiko dalam pelaburan ialah apabila pelaburan tersebut tidak mendatangkan hasil, atau mengalami kerugian atas beberapa sebab yang diketahui.

Apakah risiko yang sering berlaku kepada pelabur ?

Kita mungkin pernah mendengar alasan-alasan seperti berikut.

"Pelaburan aku rugi, hilang RM30K"

"Kalau aku tahulah , baik aku simpan di bank sahaja, tidaklah aku rugi macam ini"

"Melabur ni berisiko,,,malas aku nak ambik risiko...tak pasal2 duit aku lebur"

Ramai orang diluar sana akan menyatakan pengalaman masing-masing tentang risiko pelaburan dan ada juga dikalangan orang diluar sana tidak tahu apakah risiko-risiko yang terlibat didalam pelaburan melainkan risiko rugi semata-mata. Seringkali kita menemui orang-orang serupa begini. Tanggapan negatif terhadap pelaburan disebabkan risiko menjadikan otak mereka tepu dan tidak berfikiran jauh akibatnya berdepanlah risiko rugi peluang. Seringkali juga kita mendengar orang yang melabur akan berkata

"Wah aku dah untung dapat dividen 10%"

"Kalau aku tahulah aku dah labur lama dulu"

"Aku tak kisah, risiko2lah janji untung"

Orang macam ni lah kita mahu tetapi apapun dalam pelaburan tetapada risiko itu tidak dinafikan. Cuba tanya soalan dibawah ini...

Jika anda rugi dalam pelaburan, kenapa anda rugi ?

Apa dan dimana anda melabur ?

Apa risiko pelaburan selain rugi ?

Apa strategi pelaburan yang anda guna sehingga anda rugi ?

Berapa kerugian anda berbanding keuntungan ?

Kalau anda tak dapat jawab soalan diatas ini....memang patut anda rugi

Wallahualam'...Salam nanti bersambung...

Monday, October 15, 2012

Rakyat Malaysia Malas ...

Rakyat Malaysia Malas Menabung...



* Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
* 28% sahaja merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
* 21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
* 37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.

RAKYAT MALAYSIA didapati belum bersedia dari segi kewangan apabila berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung. Hasil kaji selidik Citibank mengenai kesedaran perancangan kewangan rakyat Malaysia sangat membimbangkan.

Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung. Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya. Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.

Berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar, hasil kaji selidik ini agak membimbangkan. Meskipun penanda aras kesedaran rakyat negara ini mengenai perancangan kewangan dan persaraan bagi suku akhir 2008, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih belum mantap, katanya pada sidang media selepas membentangkan keputusan kajian itu di Kuala Lumpur, semalam.

Kaji selidik Suku Tahun Akhir Citibank, merangkumi 500 temu bual dalam talian, yang setiap responden diajukan 40 soalan, bertujuan mengetahui tahap pemahaman rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan masing-masing. Berdasarkan keputusan keseluruhan kajian, secara umumnya, kesedaran merancang kewangan di kalangan rakyat meningkat kepada 51 mata daripada 49 mata pada suku terakhir tahun lalu.

Sehubungan itu, Johnson berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat negara ini menyedari kepentingan kewangan. Pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna membina kekayaan, tetapi penghidupan selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yang lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.

Kajian itu menjadi ukuran bagi mengawal kedudukan kewangan, terutama ketika persekitaran mencabar dengan isu pemberhentian kerja dan pemotongan gaji, katanya. Beliau menyaran pengguna supaya merangka perancangan kewangan yang tersusun, justeru, membantu mereka mengharungi tempoh kelembapan ekonomi.

Menurut kajian itu, kini lebih ramai rakyat Malaysia khususnya di kalangan golongan muda berumur 18 hingga 29 tahun, mula memberi perhatian kepada urusan kewangan mereka. Sejumlah 56 peratus daripada responden, beranggapan kedudukan kewangan mereka kini adalah lebih baik berbanding tahun lalu. Bagaimanapun, sejumlah 37 peratus daripada responden, naik empat peratus berbanding tempoh sama 2007, berasa bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka. Dari segi pematuhan bajet bulanan, kajian itu mendapati, walaupun 86 peratus responden berhasrat mematuhinya, kurang 28 peratus yang benar-benar mematuhinya.

Maklumat lanjut hubungi

Rosfazlie Roslie
0168151321
UT COnsultant Berdaftar Sabah

Ubah Gaya Hidup...


Ubah gaya hidup,mula menyimpan dari sekarang...

KOTA KINABALU 22 April - Sikap boros berbelanja merupakan faktor kritikal yang menyebabkan kebanyakan rakyat di negara ini jatuh miskin selepas bersara.

Sehubungan itu, Pengurus Besar Tune Ins Holdings Sdn. Bhd., K. Sasitharan berkata, cadangan melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun bukanlah satu jaminan yang dapat mengelakkan rakyat negara ini daripada mengalami sindrom miskin selepas bersara.

"Wang simpanan RM1 juta atau RM2 juta bukan satu nilai selamat seandainya amalan boros diteruskan semasa usia persaraan.

"Bagaimanapun, sekiranya anda memiliki simpanan kurang daripada RM1 juta tetapi hidup dengan cukup sederhana dan berhemah, wang yang dimiliki mampu bertahan," katanya ketika ditemui pada Seminar Khas Kewangan anjuran Amanah Saham Nasional Bhd. sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012, di sini hari ini.

Kata beliau, sebagai langkah awal dan berhati-hati, rakyat Malaysia perlu bersedia dan berani melakukan perubahan gaya hidup kepada lebih sederhana menjelang peningkatan usia.

Sasitharan berkata, dalam kajian dan pemerhatian yang dijalankan, didapati sebahagian besar pekerja di negara ini, sama ada yang berpendapatan sederhana atau tinggi, tidak berupaya mengubah kehidupan mereka kepada lebih sederhana ketika usia kian meningkat.

"Masalah ini adalah kritikal dan ia hanya boleh diatasi dengan mengubah kehidupan lebih sederhana," katanya.

Beliau mengakui, bukan mudah untuk menukar gaya hidup tetapi ia perlu dilakukan dengan inisiatif sendiri dan dilakukan secara holistik.

"Tiada siapa boleh mengawal diri sendiri daripada berbelanja besar, jadi sikap boros ini adalah masalah individu dan hanya diri sendiri mampu menyelesaikannya," katanya.

Menurutnya, peningkatan gaya hidup mengakibatkan rakyat negara ini begitu berani berbelanja besar tanpa berasa bimbang terhadap kedudukan kewangan semasa dan akan datang.

"Rakyat kita semakin boros berbelanja, tidak cukup duit, mereka guna pula kad kredit, cara perbelanjaan ini memang menakutkan, tetapi bolehkah amalan tersebut diteruskan ketika usia semakin bertambah?," soalnya.

Justeru, Sasitharan berkata, jurang cukup besar antara perbezaan gaya hidup dan nilai wang yang ada perlu diatasi segera melalui pendidikan dalam perancangan kewangan dan psikologi.

"Ini penting bukan sahaja untuk mengelakkan rakyat semakin miskin apabila tua tetapi ia juga boleh menjejaskan visi untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya.


Dipetik dari Berita Utusan

Hubungi saya untuk maklumat lanjut pelaburan Unit Amanah

Rosfazlie Roslie
0168151321
UT Consultant Berdaftar Sabah

Saturday, October 6, 2012

Cerita pasal untung...


Pelabur A : Ko tahu tak, aku menjana pendapatan dari pelaburan sebanyak RM1000. Ko berapa?


Pelabur B : Aku dapat RM10K, ha ha ha hebatkan

Pelabur A : Berapa ko labur?

Pelabur B : Tak banyak, around RM200K

Pelabur A : Aku hanya RM5K jer...


Pelabur B : Siapa consultant ko?

Pelabur A : Fadli Roslie consultantku...ko pula...

Pelabur B : Entah siapa entah...


Perbualan tentang keuntungan sudah tidak asing lagi bagi dikalangan pelabur. Bagi yang tidak melabur memang cukup asing. Keuntungan pelaburan dapatlah diukur dengan lebih mudah dengan melihat kadar "peratusan" sesebuah prestasi dana atau pelaburan tersebut dan bukannya diukur dengan jumlah amount tambahan atau susut pelaburan tersebu walaupun boleh sebenarnya.Oleh itu berdasarkan perbualan antara Pelabur A dengan Pelabur B siapakah yang lebih SMART dan LEBIH UNTUNG. Mari kita lihat perbandingannya melalui peratusan. Jika dikira peratusan Pelabur A. beliau mendapat 20% lebih tinggi berbanding Pelabur B yang hanya memperolehi pendapatan hasil dari pelaburan sebanyak 5%. Ini bermakna jika Pelabur A adalah pelabur SMART dan LEBIH UNTUNG walaupun hanya melabur sebanyak RM5K berbanding pelabur B yang melabur RM200K. 

Bukan berapa banyak anda dapat tetapi dimana anda simpan dan laburkan wang anda itulah yang penting. Jika anda menyimpan ditempat yang betul maka anda akan memperolehi pendapatan sama seperti Pelabur A. Lihat ilustrasi yang saya buat ni...

Pelabur A
Pelabur B

Pelabur A hanya bermodalkan RM5000 dan menyimpan wangnya didalam unit trust yang dapat memberi pulangan 20% seperti contoh perbualan di atas selama 30 tahun. Akhirnya Pelabur A telah memperolehi wang sebanyak RM1,186,882. Manakala Pelabur B hanya memperolehi RM864,388 iaitu dengan kadar pulangan 5% walaupun beliau melabur senbanyak RM200,000.

The moral of this story ... Bukan berapa banyak anda dapat tetapi dimana anda menyimpannya...

Hubungi saya untuk maklumat lanjut bagaimana melabur dengan unit trus anda boleh menggandakan wang anda. 

0168151321


Monday, October 1, 2012

Cerita Duit...


Makhluk yang bernama DUIT


Duit A : Ko tinggal dimana




Duit B : Aku tinggal di Bank *&%$#




Duit A : Best tak tinggal di sana...



Duit B : Tak best hari2 berpindah...aku baru nak kenal awek...dah tuan aku ajak pindah...ko pula macamana



Duit A : Tuan aku best, dia buatkan rumah, belikan kereta, bagi pendidikan, backup untuk aku bersara pun 

ada...lagi best kat tempat aku tu ada awek bukan 1 tapi beratus-ratus...kerja aku buat anak...(jgn berfikiran lain yer)...lepas tu anak-anak aku tu dah besar bantu tuan aku, bekerja untuk tuan aku...aku santailah...



Duit B : Best ko bro...aku nak pindahlah...siapa tuan ko



Duit A : Siapa lagi Tuan Besar ........


Begitulah nasib si duit. Duit A bernasib baik kerana dimiliki oleh seorang tuan yang mempunyai kesedaran tinggi untuk menabung dan melabur sedangkan duit B sebaliknya kerana mendapat tuan yang suka berbelanja. Apa tidaknya masuk sahaja gaji habis dikeluarkan duitnya untuk dibelanjakan. Sedangkan tuan besar Duit A...seorang yang bijak apabila melaburkan sebahagian dari wang pendapatannya untuk menjana lebih wang pendapatan. Memandangkan tuan besar A lebih baik dan sentiasa menjaga kebajikan duit A maka sudah tiba masanya duit A membayar balik budi tuannya dan bekerja keras untuk tuannya walaupun tuannya tidak sudah dapat menyimpan atau melabur. 

The moral of this story...buat baik akan dibalas baik. Siapakah tuan besar A. Ya jawapannya kita semua yang memiliki duit dan pendapatan.

Terima Kasih...

Friday, September 28, 2012

Seorang Executive nak jadi jutawan dalam masa beberapa tahun

Amir (bukan nama sebenar) seorang eksekutif berusia 30 tahun di sebuah firma swasta. Masih bujang dan berpendapatan RM3000 sebulan. Hidup dibandar metropolitan seperti kota Kinabalu merupakan cabaran bagi seorang eksekutif muda. Cara hidup yang penuh bergaya dan penuh cabaran semestinya memerlukan kos hidup yang tinggi. Amir memahami dalam dunia yang serba mencabar  dan penuh pesaing ini, semestinya harus Amir bekerja keras untuk mencipta kejayaan disamping menjana pendapatan. Jauh disudut hati ,Amir ingin menjadi seorang usahawan dan ingin menjadi jutawan dalam masa beberapa tahun lagi. Beliau bercadang untuk bersara awal sebelum umur mencecah umur 50 tahun. 

Dalam hatinya berbisik, "jika saya boleh bersara awal seawal umur 50 tahun kenapa saya perlu tunggu 55 tahun, tapi bagaimana caranya"

Suatu hari, sedang Amir berjalan-jalan di salah sebuah shopping complex terbesar di bandaraya kota kinabalu One Borneo (1B) beliau telah melihat sekumpulan perunding unit amanah sedang membuat roadshow ataupun boothscheme. Salah seorang daripada mereka telah menegur beliau dan memperkenal diri Fazlie. Beliau merupakan seorang perunding unit amanah dari PM. Beliau telah mempelawa Amir untuk mendengar sedikit perkongsian tentang unit amanah. Beliau telah meminta maklumat sedikit tentang diri Amir seperti umur, status perkahwinan, pekerjaan, sumber pendapatan dan sebagainya. Setelah itu En.fazlie telah bertanya soalan kepada amir...

"Encik Amir, apakah impian yang encik Amir mahu dalam hidup tetapi sehingga kini masih belum tercapai?"

Wah, peunding ini macam tahu-tahu jak apa impian aku. Bagaikan dipukau Amir pun terus menjawab "Saya nak jadi Jutawan" dalam hati Amir dia berasa malu kalau-kalau impiannya akan menjadi bahan ketawa oleh En.fazlie tapi sangkaan Amir meleset, perunding tersebut terus mencatat sambil mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju dan berkenan dengan  impian Amir. Seolah-olah En.fazlie sudah biasa dengan impian tersebut. Mungkin sudah ramai yang en.fazlie temui ingin menjadi Jutawan. Setelah itu en.fazlie bertanya lagi...

"Encik Amir, boleh saya tahu apakah cara atau usaha en. Amir untuk menjadi Jutawan" 

amir termanggu sendirian. Jawapan inilah yang Amir cari selama ini. Kalau berniaga, Amir tidak berminat. Mana mungkin Amir mahu tinggalkan gaji rm3000 untuk membuat perniagaan yang belum pasti berjaya. Kalau rugi, habis semua duit simpanan yang bernilai RM30,000 sepanjang dia bekerja. 

Fuhhh...Amir lantas menjawab "menyimpanlah en.fazlie dengan apa cara lagi, nak berniaga saya risau pengalaman, pengetahuan tak cukup"

"Encik Amir, boleh saya tahu dimana encik Amir menyimpan? Berapa yang telah En.Amir simpan selama encik Amir bekerja" pertanyaan en.Fazlie begitu bersemangat.

Amir menjawab, "buat masa ni saya menyimpan setiap bulan di Saving Account , M**bank dan setakat ini jumlah simpanan terkumpul adalah lebih kurang RM50,000"

"Wah banyak tu en.Amir, tahniah encik Amir! , orang macam encik Amir susah nak cari dalam usia begini en.Amir ada kesedaran tinggi untuk menyimpan. Bangganya encik Amir mampu menyimpan sehingga RM50K. Kebiasaannya orang-orang eksekutif macam en.Amir ni sudah tentu mahu berhibur dan bersuka ria. Maklumlah usia muda tapi Encik Amir mempunyai kesedaran tinggi serta mempunyai disiplin tinggi dalam pengurusan kewangan. Tahniah sekali lagi"

"Biasa-biasa saja tuan, kalau kita ada halatuju beginilah tuan. Mahu tak mahu mesti simpan, walaupun niat dihati tu nak shopping sahaja tetapi takpelah janji masa depan cemerlang"

"en.amir tadi encik anda bagitau bahawa encik menyimpan di Saving Account biasa. En.Amir tahu tak berapa pulangan yang encik Amir jika simpan disitu."

"Setahu saya dekat-dekat 2%, betulkah encik fazlie"

"Betul encik Amir...begitulah pulangannya...mari saya tunjukkan adakah encik Amir boleh bersara dengan selesa atau tidak...menurut Azizi Ali penulis terkenal katanya seseorang akan bersara selesa apabila dia mencapai RM1 Juta simpanan. so adakah encik Amir akan mendapat RM1 Juta dan seterusnya bergelar Jutawan. Sama-sama kita kira..."

En.Fazlie pun mengira berdasarkan maklumat yang telah diperolehi dari En.Amir. Ianya dapat digambarkan seperti gambarajah dibawah.


Berdasarkan gambarajah diatas, dengan pelaburan lumpsump RM50,000 sekali sahaja dengan pulangan 2% di saving account biasa maka sudah tentu en.Amir tidak mencapai matlamatnya mengumpul sejumlah wang sebanyak RM1 Juta. Ini jelas dalam pengiraan menunjukkan selepas 20 tahun en.Amir hanya berjaya mengumpul wang sebanyak RM74,297 jauh sekali menepati sasaran. 

Berapakah pulangan yang diperlukan oleh en.amir untuk menggandakan wang beliau menjadi RM1 juta?

Jika en.Amir menghendaki RM1 juta dalam masa 20 tahun dengan pelaburan LumpSump. En.Amir memerlukan 16.2% purata setahun seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah dibawah. 


Adakah mana-mana tools simpanan boleh mencapai 16.2% purata setahun. jawapannya en.Amir kena melabur di unit trust. Buktinya...Hanya dengan melabur selama 10 tahun pelabur mendapat pulangan 195.46% di dana Ittikal. ini bermakna dalam masa setahun , pelabur telah memperolehi purata setahun sebanyak 19.5% itu baru 10 tahun kalau 20 tahun boleh mendapat lebih dari itu...Inilah kuasa berganda atau lebih dikenali sebagai THE POWER OF COMPOUNDING. Rujuk gambarajah dibawah. Walaubagaimanapun pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka panjang. Semakin lama anda melabur semakin bertambah atau accumulate dana anda. Semakin tinggi pulangan yang diperolehi 
sumber laman web : PM
En.Amir terasa teruja melihat performance sedemikian rupa. Selama ini tak pernah dengar compounding interest mujurlah dia bertemu dengan en.fazlie yang sabar dalam menerangkan pelaburan unit trust.

"En.Amir, boleh saya tahu berapa encik Amir peruntukkan untuk simpan di bank sepanjang bekerja..."

Pertanyaan en.fazlie, menyentak lamunan Amir buat seketika. Dengan nada bangga menjawab "tak banyak en.fazlie cuma RM1000 sebulan", lantas en.fazlie terus membuat pengiraan dengan khusuk dan bersemangat.


Dalam gambarajah diatas, En.Amir menyimpan setiap bulan RM1000 sebulan. Mendapat keuntungan berdasarkan pengiraan sebelum ini. Kita andaikan keuntungan purata 16% berdasarkan jangkamasa pelaburan yang lama selama 20 tahun. Ianya tidaklah mustahil diperolehi. Inilah kuasa compounding. Jumlah wang yang akan diperolehi dari pelaburan unit trust sebanyak RM2,474,870.

Encik Amir tersenyum sendirian tanpa dipaksa beliau bersetuju untuk memulakan pelaburan kerana jawapan selama ini telah ditemuinya dan masa depan kembali cerah dan berbunga harum...

Sunday, March 25, 2012

Anda Quadran yang mana satu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera...semoga sejahtera dan sihat walafiat pengunjung blog saya ini. Hari ini saya akan berkongsi kepada anda semua tentang Aliran Tunai (Cashflow) Quadrant. Perkongsian saya ini berdasarkan kepada buku Rich Dad Poor Dad Part 2 tulisan Robert T.Kiyosaki. Buku ini sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan. Caranya mudah, dengan melihat Quadrant Pendapatan/Income mana anda berada.

Dalam buku ini menerangkan tentang, cara bagaimana pendapatan anda diperolehi atau bagaimana anda membuat wang melalu 4 sektor atau quadran ini. Menurut Kiyosaki, terdapat 4 cara atau quadrant diperolehi. Quadran pertama, kita memperolehi wang atau membuat wang melalui makan gaji, kita sebagai pekerja atau Employee. 

QUADRAN 1 : EMPLOYEE/BEKERJA/MAKAN GAJI

Kita trade masa untuk mendapatkan RM. Kita bekerja berdasarkan masa. Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja. Tidak kira berapa pandai pun anda jika anda bekerja makan gaji anda terikat kepada masa bekerja. Kebiasaannya majikan akan membayar anda gaji berdasarkan masa anda bekerja selama 8 jam sehari. Jika gaji anda berjumlah RM1800 setahun ini bermakna anda dibayar gaji RM 9 perjam. Jika anda ingin menambah pendapatan anda hendaklah mengambil bekerja lebih masa. Ini bermakna anda bekerja melebihi 8 jam dan ini dipanggil sebagai OVERTIME. Golongan ini tidak akan mencapai kebebasan kewangan jika bergantung harap dengan upah atau gaji yang diperolehi. Untuk golongan ini bagaimanakah caranya untuk mencapai kebebasan kewangan walaupun bekerja. Saya akan terangkan caranya seperti yang termaktub di dalam buku ini. Sesungguhnya buku ini sesuai dibaca bagi mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan.

QUADRAN 2 : BEKERJA SENDIRI / SELF EMPLOYEED

Bekerja sendiri tidak jauh bezanya dengan bekerja makan gaji. Cumanya bekerja sendiri mempunyai kebebasan dari segi masa. Ia tidak dibayar berdasarkan masa tetapi berdasarkan kepada amaun. Sebagai contoh jika dahulunya seorang doktor bekerja makan gaji dan telah membuka kliniknya sendiri. Maka daktor tersebut adalah bekerja sendiri untuk kliniknya. Begitu juga jika seorang penggunting rambut. Persoalannya mereka-mereka ini akan hilang pendapatan sekiranya kedai atau klinik mereka ditutup disebabkan oleh sakit atau urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, quadran ini juga belum dapat mencapai kewangan seperti yang diharapkannya.